Assalamualaikum kawan-kawan (:
Adakah sahabat-sahabat tahu di mana tempat yang tiada graviti di muka bumi ini? Pergi sahaja ke California kerana di sana terdapat sebuah tempat yang apabila sebji bola diletakkan di sekeping papan senget, bola itu akan terus berguling naik ke atas papan itu. Menakjubkan bukan? Selain itu, kerusi yang kita duduk dapat melekap ke dinding tanpa bantuan apa pun. Pengunjung tempat itu dapat berdiri pada dinding ataupun sudut yang mustahil dan benda yang dijatuhkan tidak jatuh lurus ke bawah, tetapi jatuh pada sudut yang condong. Lokasi aneh ini dikenali sebagai Mystery Spot.
Ia dijumpai pertama kali pada tahun 1939 oleh sekumpulan juruukur di Hutan Redwood, Santa Cruz, California dan mula dibuka untuk orang ramai pada tahun 1940. Namun, apakah benar tempat ini melawan hukum graviti dan fizik? Apakah ada penjelasan ilmiah yang dapat menjelaskan fenomena ini?
Fenomena Mystery Spot sebenarnya adalah satu fenomena ilusi visual. Pengunjung mengalami ilusi berkenaan kerana struktur tempat yang sengaja dicondongkan sehingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan berdiri di atas lantai yang senget. Keadaan yang spesifik ini menyebabkan pengunjung mengalami persepsi yang salah pada ketinggian dan orientasi objek yang mereka lihat dalam ruangan itu.
Biarpun jawapan pada fenomena ini sudah diketahui, tempat ini tetap memukau dan memberikan perasaan kagum kepada para pengunjungnya. Sebelum ia dijumpai, ada sebuah lagi tempat yang sama sifatnya di Oregon Vortek, Oregon, Amerika Syarikat. Selain di Santa Cruz, California, terdapat beberapa Mystery Spot yang sama di beberapa wilayah di Amerika Syarikat.
Ada kalanya, mata kita tertipu oleh ilusi visual. Begitu juga dalam kehidupan di dunia yang penuh dengan ilusi serta tipu daya ini. Syaitan tidak berhenti menggoda manusia dengan sentiasa menghembuskan bisikan-bisikan yang akhirnya membawa kita kepada kehinaan, kecelakaan dan seksa-Nya. Allah menerangkan dalam surah Al-A'raf, ayat 51 yang bermaksud:
Allah juga mengingatkan dalam surah Al-Hijr, ayat 3 yang bermaksud:
Sampai di sini sahaja coretan ana buat kali ini. Semoga kita mendapat pengajaran dan tidak terus tertipu dengan illusi-ilusi yang indah dan fana, sehingga kita menjadi lupa kepada Pencipta kita semua, iaitu Allah, insya-Allah. Sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang (:

"Tuhan berkata orang kafir itu adalah orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia dengan kehidupan dunia dengan segala kemewahan dan kelazatannya. Oleh itu, pada hari kiamat, Kami tidak menghiraukan mereka sebagaimana mereka tidak menghiraukan persiapan-persiapan bagi menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami."
"Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan daripada bertaubat dan insaf. Kelak, mereka akan mengetahui bencana akibat perbuatan mereka."
Sampai di sini sahaja coretan ana buat kali ini. Semoga kita mendapat pengajaran dan tidak terus tertipu dengan illusi-ilusi yang indah dan fana, sehingga kita menjadi lupa kepada Pencipta kita semua, iaitu Allah, insya-Allah. Sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang (:
assalamualaikum
ReplyDeletemabruk alaik atas info2 yang telah dipostkn
semoga pusat Islam batch 14 terus mengorak langkah dalam memartabatkan Islam di bumi kmp..
Takbir
info yang menarik...
ReplyDelete