Antara tentatif:
- ceramah tentang ukhuwah
- sesi muhasabah diri (kami membawa konsep alam barzakh)
- senam erobik
- Explorace berkonsep
- tayangan video
- persembahan peserta dan fasi
InshaAllah kami akan sertakan dengan gambar2 program,
Satu perkongsian yang dapat kami titipkan sebelum meninggalkan ruang maya..=)
mungkin Kalian pernah dengar atau terbaca tentang 7 golongan yang akan dinaungi Arasy di akhirat nanti ia termasuk juga..
"Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah".
Walaupun ungkapan Rasulullah s.a.w diatas tidak menjelaskan dengan terperinci apakah bentuk persahabatan itu tetapi cukup dengan memberikan kiasan terindah iaitu "bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah". Dua sahabat ini bertemu demi keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan mereka tidak dicemari langsung oleh apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan yang buruk.
Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim ini antara lain menceritakan tentang seruan Allah s.w.t di akhirat nanti ;
"Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaan-Ku? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku".
Allahu Akbar! Begitu sekali seruan Allah s.w.t dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang berkasih sayang dan bersahabat demi mencari keredhaan Allah Ta'ala.
Imam al-Nawawi juga membawa hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat tentang satu kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Kisah tersebut ialah kisah seorang sahabat ingin menziarahi seorang sahabatnya yang tinggal dalam sebuah kampung yang lain. Lalu Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat untuk bertemu dengan lelaki itu.
Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu lalu bertanya kepada lelaki itu, "Kemana engkau ingin pergi? "Lelaki itu menjawab: "Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampung ini."Lalu disoal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabat itu. Lelaki itu menajwab dengan jawapan yang amat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya, iaitu; " Aku mengasihi sahabatku kerana Allah s.w.t.
Maka Malaikat itupun terus memberitahunya bahawa dirinya adalah malaikat yang disuruh untuk memberitahu lelaki itu bahawa Allah Ta'ala mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana Allah. Kisah ini cukup besar dan bermakna ertinya bagi memberikan maksud sejauh mana nilai serta harga persahabatan yang berlandaskan keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan yang membawa kepada cinta Allah s.w.t!..
MashaAllah diharapkan dengan pogram yang banyak pengisian ini akan memberi manfaat kepada kita..,