Sunday, 29 September 2013

CINTA ITU FITRAH ATAU FITNAH???


ha.. Inilah tajuk forum buat kali pertama dibawa oleh Pusat Islam kepada warga Kolej Matrikulasi Perlis melalui forum pelajar yang ahli panelnya terdiri daripada pengerusi Pusat Islam sendiri iaitu Akmal Syafie, NYDP JPP Mohd Firdaus, Biro Kerohanian kita Mohamad Soleh dan Nur Nasuha yang diacarakan oleh saudara kita Ibnu Najjah. Alhamdulillah. Sambutan yang menggalakkan telah diberikan oleh sahabat2 Kmp yang lain.. Banyak pengisian yang diberikan oleh mereka.. Tertarik dengan kata2 salah seorang sahabat kita. Beliau mengatakan " Biarlah kita berduka dengan cinta manusia yang penting kita jangan tertinggal CINTA ILAHI " Allahuakhbar.. Semoga ia dapat dimanfaatkan bersama ye =)

“ Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (iaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali ” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156) 


 

 

Sekian .

Tuesday, 24 September 2013

Merungkai Misteri Segi Tiga Bermuda

Assalamualaikum wbt.

Pada awal abad ke-20, dunia dikejutkan dengan beberapa peristiwa hilangnya kapal-kapal laut di sebuah zon segi tiga di sekitar Lautan Atlantik yang disempadani oleh garis yang menghubungkan Florida, Pulau Bermuda dan Puerto Rico. Kawasan ini berkeluasan sekitar 1.2 juta km. Zon itu akhirnya dikenali sebagai 'Segi Tiga Bermuda'.

Pada tahun 1918, sebuah kapal yang bernama USS Cyclops yang panjangnya 542 kaki dan membawa batu api untuk angkatan laut Amerika, sedang berlayar dari Salvador ke Maryland. Kapal itu tidak pernah sampai ke destinasinya. Daripada keterangan saksi, para pencari dimaklumkan kapal itu berlabuh di Bardabos pada tanggal 3&4 mac bagi menambah bekalan makanan. Selepas itu, ia hilang tanpa jejak.

Selanjutnya, pelbagai laporan mengenai kehilangan kapal-kapal laut di sekitar kawasan itu sering muncul. Kejadian kehilangan kapal laut itu semakin dramatik dengan lesapnya sebuah kapal terbang yang melintasi kawasan itu. Beberapa rekod kehilangan kapal laut dan pesawat di Segi Tiga Bermuda adalah:

1840: HMS Rosalie
1872: The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
1909: The Spray
1917: SS Timandra
1918: USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pengawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
1926: SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
1938: HMS Anglo Australian menghilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang
1945: Penerbangan 19 menghilang
1952: Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang
1962: US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap
1970: Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap; berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
1972: Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru
1976: SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
1978: Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas landas dan kontak radio terputus
1980: SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai
1995: Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan menghilang setelah melalui Cap Haitien
1997: Para pelayar menghilang dari kapal pesiar Jerman
1999: Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.

Ada beberapa teori yang diutarakan bagi menjawab fenomena aneh itu. Antaranya adalah:

1. Gempa laut dan gelombang besar
- Teori ini menyatakan gempa laut dan gelombang besar menyebabkan kapal-kapal tenggelam ke dalam laut.

2. Graviti (medan graviti terbalik, anomali magnetik graviti)
- Anomali magnetik menyebabkan kompas pada kapal dan pesawat tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan berlakunya pelbagai kemalangan.

3. Pangkalan UFO
- Para ufolog berkeyakinan tempat itu adalah antara tempat alien di bumi yang tidak dapat diganggu manusia. Maka, sebab itu kapal-kapal dan pesawat yang melintas di kawasan itu akan terus ditenggelamkan oleh alien.

4. Istana Syaitan
- Teori ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, “Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).”
Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara."

5. Terowong masa (wormhole)
- Sebahagian orang yakin kehilangan kapal-kapal dan pesawat secara tiba-tiba itu ada kaitannya dengan terowong masa. Ia adalah satu terowong yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Apabila satu benda memasuki terowong itu, benda itu akan berada dalam masa yang berbeza dengan masa ketika ia memasuki terowong itu.

6. Gas metana dan pusaran air
- Menurut teori ini, gas metana dari dasar laut akan tersembur keluar dan mengakibatkan benda-benda yang melintas dia atasnya terus tenggelam.

Kesimpulannya, banyak fenomena alam di sekeliling kita yang masih misteri hingga ke saat ini. Sudah banyak usaha yang dilakukan namun masih banyak yang belum ditemui jawapannya. Itulah bukti kelemahan manusia berbanding yang Maha Pencipta, Allah. Dia yang Maha Mengetahui segala perkara.

"Allah yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia yang Maha Tinggi (tinggi kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)" (Surah Al-Baqarah, ayat 225)

Tuesday, 10 September 2013

Mystery Spot

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kawan-kawan (:

Adakah sahabat-sahabat tahu di mana tempat yang tiada graviti di muka bumi ini? Pergi sahaja ke California kerana di sana terdapat sebuah tempat yang apabila sebji bola diletakkan di sekeping papan senget, bola itu akan terus berguling naik ke atas papan itu. Menakjubkan bukan? Selain itu, kerusi yang kita duduk dapat melekap ke dinding tanpa bantuan apa pun. Pengunjung tempat itu dapat berdiri pada dinding ataupun sudut yang mustahil dan benda yang dijatuhkan tidak jatuh lurus ke bawah, tetapi jatuh pada sudut yang condong. Lokasi aneh ini dikenali sebagai Mystery Spot.

Ia dijumpai pertama kali pada tahun 1939 oleh sekumpulan juruukur di Hutan Redwood, Santa Cruz, California dan mula dibuka untuk orang ramai pada tahun 1940. Namun, apakah benar tempat ini melawan hukum graviti dan fizik? Apakah ada penjelasan ilmiah yang dapat menjelaskan fenomena ini?


Fenomena Mystery Spot sebenarnya adalah satu fenomena ilusi visual. Pengunjung mengalami ilusi berkenaan kerana struktur tempat yang sengaja dicondongkan sehingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan berdiri di atas lantai yang senget. Keadaan yang spesifik ini menyebabkan pengunjung mengalami persepsi yang salah pada ketinggian dan orientasi objek yang mereka lihat dalam ruangan itu.


Biarpun jawapan pada fenomena ini sudah diketahui, tempat ini tetap memukau dan memberikan perasaan kagum kepada para pengunjungnya. Sebelum ia dijumpai, ada sebuah lagi tempat yang sama sifatnya di Oregon Vortek, Oregon, Amerika Syarikat. Selain di Santa Cruz, California, terdapat beberapa Mystery Spot yang sama di beberapa wilayah di Amerika Syarikat.


Ada kalanya, mata kita tertipu oleh ilusi visual. Begitu juga dalam kehidupan di dunia yang penuh dengan ilusi serta tipu daya ini. Syaitan tidak berhenti menggoda manusia dengan sentiasa menghembuskan bisikan-bisikan yang akhirnya membawa kita kepada kehinaan, kecelakaan dan seksa-Nya. Allah menerangkan dalam surah Al-A'raf, ayat 51 yang bermaksud:


"Tuhan berkata orang kafir itu adalah orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia dengan kehidupan dunia dengan segala kemewahan dan kelazatannya. Oleh itu, pada hari kiamat, Kami tidak menghiraukan mereka sebagaimana mereka tidak menghiraukan persiapan-persiapan bagi menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami."



Allah juga mengingatkan dalam surah Al-Hijr, ayat 3 yang bermaksud:

"Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan daripada bertaubat dan insaf. Kelak, mereka akan mengetahui bencana akibat perbuatan mereka."

Sampai di sini sahaja coretan ana buat kali ini. Semoga kita mendapat pengajaran dan tidak terus tertipu dengan illusi-ilusi yang indah dan fana, sehingga kita menjadi lupa kepada Pencipta kita semua, iaitu Allah, insya-Allah. Sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang (: