Monday, 30 December 2013

SIMPULAN UKHUWAH

Assalamualaikum dan selawat dan salam kepada junjungan kita Rasulullah SAW..Alhamdulillah telah diberi kesempatan oleh Allah dapat kami Ahli Pusat Islam menyempurnakan Program Simpulan Ukhuwah antara ahli jawatankuasa dan Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Perlis pada tarikh 13 hingga 15 Disember 2013 yang lepas.. Sungguh indah pemberian yang diberikan oleh Allah kerana kami dapat membuat sedikit sebanyak dapat memberi input kepada rakan taulan yang lain.. objektif program ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli2 Pusat Islam sendiri InshaAllah.., Kami menjalankan pogram selama 3 hari 2 malam.. bertempat di MasjiD  Al Falah dan sekitar KMP..  
 Antara tentatif:

  •    ceramah tentang ukhuwah
  •     sesi muhasabah diri (kami membawa konsep alam barzakh)
  •      senam erobik
  •      Explorace berkonsep
  •       tayangan video 
  •      persembahan peserta dan fasi


InshaAllah kami akan sertakan dengan gambar2 program,
 

 

 






 Satu perkongsian yang dapat kami titipkan sebelum meninggalkan ruang maya..=)
mungkin Kalian pernah dengar atau terbaca tentang 7 golongan yang akan dinaungi Arasy di akhirat nanti ia termasuk juga..
 "Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah".

Walaupun ungkapan Rasulullah s.a.w diatas tidak menjelaskan dengan terperinci apakah bentuk persahabatan itu tetapi cukup dengan memberikan kiasan terindah iaitu "bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah". Dua sahabat ini bertemu demi keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan mereka tidak dicemari langsung oleh apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan yang buruk.


Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim ini antara lain menceritakan tentang seruan Allah s.w.t di akhirat nanti ;
"Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaan-Ku? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku".
Allahu Akbar! Begitu sekali seruan Allah s.w.t dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang berkasih sayang dan bersahabat demi mencari keredhaan Allah Ta'ala.

Imam al-Nawawi juga membawa hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat tentang satu kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Kisah tersebut ialah kisah seorang sahabat ingin menziarahi seorang sahabatnya yang tinggal dalam sebuah kampung yang lain. Lalu Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat untuk bertemu dengan lelaki itu.

Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu lalu bertanya kepada lelaki itu, "Kemana engkau ingin pergi? "Lelaki itu menjawab: "Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampung ini."Lalu disoal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabat itu. Lelaki itu menajwab dengan jawapan yang amat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya, iaitu; " Aku mengasihi sahabatku kerana Allah s.w.t.

Maka Malaikat itupun terus memberitahunya bahawa dirinya adalah malaikat yang disuruh untuk memberitahu lelaki itu bahawa Allah Ta'ala mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana Allah. Kisah ini cukup besar dan bermakna ertinya bagi memberikan maksud sejauh mana nilai serta harga persahabatan yang berlandaskan keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan yang membawa kepada cinta Allah s.w.t!..


MashaAllah diharapkan dengan pogram yang banyak pengisian ini akan memberi manfaat kepada kita..,

Sunday, 24 November 2013

KAMI KEMBALI

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kepada kitakerana masih menemukan Benar yang sedia tahu Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih . ..InshaAllah masih dalam bulatan akidah yang sama dimana adanya nikmat IMAN dan ISLAM..InshaAllah.. =)..Baiklah sekadar perkongsian kami ahli Pusat Islam telah merancang beberapa aktiviti untuk Semester 2 ni bagi meningkatkan kualiti Pusat Islam itu sendiri.., Antara yang telah dijalankan atau dalam proses ialah 


  •  GOTONG ROYONG BUBUR ASYURA   
  •   PROGRAM SIMPULAN UKHUWAH
  •    PROGRAM SMART QURAN N TAJWID
  •    MALAM CINTA RASULLLAH
  •    MINGGU PENGHAYATAN ISLAM

 InshaAllah kami akan kongsikan kepada kalian gambar2 sepanjang aktiviti ini..Diharapkan sokongan dan doa dari pihak antum semua untuk kami bagi menjalankan aktiviti ini dengan mudah InshaAllah.. WaAllahualam..Sebarang cadangan juga boleh dikongsikan kepada kami..


      

                   

Sunday, 29 September 2013

CINTA ITU FITRAH ATAU FITNAH???


ha.. Inilah tajuk forum buat kali pertama dibawa oleh Pusat Islam kepada warga Kolej Matrikulasi Perlis melalui forum pelajar yang ahli panelnya terdiri daripada pengerusi Pusat Islam sendiri iaitu Akmal Syafie, NYDP JPP Mohd Firdaus, Biro Kerohanian kita Mohamad Soleh dan Nur Nasuha yang diacarakan oleh saudara kita Ibnu Najjah. Alhamdulillah. Sambutan yang menggalakkan telah diberikan oleh sahabat2 Kmp yang lain.. Banyak pengisian yang diberikan oleh mereka.. Tertarik dengan kata2 salah seorang sahabat kita. Beliau mengatakan " Biarlah kita berduka dengan cinta manusia yang penting kita jangan tertinggal CINTA ILAHI " Allahuakhbar.. Semoga ia dapat dimanfaatkan bersama ye =)

“ Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (iaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali ” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156) 


 

 

Sekian .

Tuesday, 24 September 2013

Merungkai Misteri Segi Tiga Bermuda

Assalamualaikum wbt.

Pada awal abad ke-20, dunia dikejutkan dengan beberapa peristiwa hilangnya kapal-kapal laut di sebuah zon segi tiga di sekitar Lautan Atlantik yang disempadani oleh garis yang menghubungkan Florida, Pulau Bermuda dan Puerto Rico. Kawasan ini berkeluasan sekitar 1.2 juta km. Zon itu akhirnya dikenali sebagai 'Segi Tiga Bermuda'.

Pada tahun 1918, sebuah kapal yang bernama USS Cyclops yang panjangnya 542 kaki dan membawa batu api untuk angkatan laut Amerika, sedang berlayar dari Salvador ke Maryland. Kapal itu tidak pernah sampai ke destinasinya. Daripada keterangan saksi, para pencari dimaklumkan kapal itu berlabuh di Bardabos pada tanggal 3&4 mac bagi menambah bekalan makanan. Selepas itu, ia hilang tanpa jejak.

Selanjutnya, pelbagai laporan mengenai kehilangan kapal-kapal laut di sekitar kawasan itu sering muncul. Kejadian kehilangan kapal laut itu semakin dramatik dengan lesapnya sebuah kapal terbang yang melintasi kawasan itu. Beberapa rekod kehilangan kapal laut dan pesawat di Segi Tiga Bermuda adalah:

1840: HMS Rosalie
1872: The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
1909: The Spray
1917: SS Timandra
1918: USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pengawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
1926: SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
1938: HMS Anglo Australian menghilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang
1945: Penerbangan 19 menghilang
1952: Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang
1962: US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap
1970: Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap; berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
1972: Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru
1976: SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
1978: Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas landas dan kontak radio terputus
1980: SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai
1995: Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan menghilang setelah melalui Cap Haitien
1997: Para pelayar menghilang dari kapal pesiar Jerman
1999: Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.

Ada beberapa teori yang diutarakan bagi menjawab fenomena aneh itu. Antaranya adalah:

1. Gempa laut dan gelombang besar
- Teori ini menyatakan gempa laut dan gelombang besar menyebabkan kapal-kapal tenggelam ke dalam laut.

2. Graviti (medan graviti terbalik, anomali magnetik graviti)
- Anomali magnetik menyebabkan kompas pada kapal dan pesawat tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan berlakunya pelbagai kemalangan.

3. Pangkalan UFO
- Para ufolog berkeyakinan tempat itu adalah antara tempat alien di bumi yang tidak dapat diganggu manusia. Maka, sebab itu kapal-kapal dan pesawat yang melintas di kawasan itu akan terus ditenggelamkan oleh alien.

4. Istana Syaitan
- Teori ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, “Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).”
Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara."

5. Terowong masa (wormhole)
- Sebahagian orang yakin kehilangan kapal-kapal dan pesawat secara tiba-tiba itu ada kaitannya dengan terowong masa. Ia adalah satu terowong yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Apabila satu benda memasuki terowong itu, benda itu akan berada dalam masa yang berbeza dengan masa ketika ia memasuki terowong itu.

6. Gas metana dan pusaran air
- Menurut teori ini, gas metana dari dasar laut akan tersembur keluar dan mengakibatkan benda-benda yang melintas dia atasnya terus tenggelam.

Kesimpulannya, banyak fenomena alam di sekeliling kita yang masih misteri hingga ke saat ini. Sudah banyak usaha yang dilakukan namun masih banyak yang belum ditemui jawapannya. Itulah bukti kelemahan manusia berbanding yang Maha Pencipta, Allah. Dia yang Maha Mengetahui segala perkara.

"Allah yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia yang Maha Tinggi (tinggi kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)" (Surah Al-Baqarah, ayat 225)

Tuesday, 10 September 2013

Mystery Spot

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kawan-kawan (:

Adakah sahabat-sahabat tahu di mana tempat yang tiada graviti di muka bumi ini? Pergi sahaja ke California kerana di sana terdapat sebuah tempat yang apabila sebji bola diletakkan di sekeping papan senget, bola itu akan terus berguling naik ke atas papan itu. Menakjubkan bukan? Selain itu, kerusi yang kita duduk dapat melekap ke dinding tanpa bantuan apa pun. Pengunjung tempat itu dapat berdiri pada dinding ataupun sudut yang mustahil dan benda yang dijatuhkan tidak jatuh lurus ke bawah, tetapi jatuh pada sudut yang condong. Lokasi aneh ini dikenali sebagai Mystery Spot.

Ia dijumpai pertama kali pada tahun 1939 oleh sekumpulan juruukur di Hutan Redwood, Santa Cruz, California dan mula dibuka untuk orang ramai pada tahun 1940. Namun, apakah benar tempat ini melawan hukum graviti dan fizik? Apakah ada penjelasan ilmiah yang dapat menjelaskan fenomena ini?


Fenomena Mystery Spot sebenarnya adalah satu fenomena ilusi visual. Pengunjung mengalami ilusi berkenaan kerana struktur tempat yang sengaja dicondongkan sehingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan berdiri di atas lantai yang senget. Keadaan yang spesifik ini menyebabkan pengunjung mengalami persepsi yang salah pada ketinggian dan orientasi objek yang mereka lihat dalam ruangan itu.


Biarpun jawapan pada fenomena ini sudah diketahui, tempat ini tetap memukau dan memberikan perasaan kagum kepada para pengunjungnya. Sebelum ia dijumpai, ada sebuah lagi tempat yang sama sifatnya di Oregon Vortek, Oregon, Amerika Syarikat. Selain di Santa Cruz, California, terdapat beberapa Mystery Spot yang sama di beberapa wilayah di Amerika Syarikat.


Ada kalanya, mata kita tertipu oleh ilusi visual. Begitu juga dalam kehidupan di dunia yang penuh dengan ilusi serta tipu daya ini. Syaitan tidak berhenti menggoda manusia dengan sentiasa menghembuskan bisikan-bisikan yang akhirnya membawa kita kepada kehinaan, kecelakaan dan seksa-Nya. Allah menerangkan dalam surah Al-A'raf, ayat 51 yang bermaksud:


"Tuhan berkata orang kafir itu adalah orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia dengan kehidupan dunia dengan segala kemewahan dan kelazatannya. Oleh itu, pada hari kiamat, Kami tidak menghiraukan mereka sebagaimana mereka tidak menghiraukan persiapan-persiapan bagi menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami."



Allah juga mengingatkan dalam surah Al-Hijr, ayat 3 yang bermaksud:

"Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan daripada bertaubat dan insaf. Kelak, mereka akan mengetahui bencana akibat perbuatan mereka."

Sampai di sini sahaja coretan ana buat kali ini. Semoga kita mendapat pengajaran dan tidak terus tertipu dengan illusi-ilusi yang indah dan fana, sehingga kita menjadi lupa kepada Pencipta kita semua, iaitu Allah, insya-Allah. Sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang (:

Wednesday, 28 August 2013

Jamuan Aidilfitri Pusat Islam GEN-14


Gema takbir di hari raya
Bolehlah buat kita gembira
Namun berlalu bulan puasa
Pergilah 1000 bulan pahala
Selamat lebaran
Semoga Allah mengijinkan
Bertemu Ramadhan tahun depan

Sedih mengundang Ramadhan pergi. Tetapi Allah beri pula kita Syawal. Alhamdulillah Ya Allah.. Kami diberi lagi nikmat dari MU Ya Allah. Maka dengan itu, bagi menambahkan seri sahabat2 seperjuangan Pusat Islam yang jauh terpisah dari keluarga dan bagi membalas jasa baik mereka yang telah menyumbang tenaga dan juga penat lelah bagi menyiapkan Program IHYA RAMADHAN yang lalu, InshaAllah kami terdiri daripada Jawatankuasa tertinggi dan Biro2 tidak lupa juga Mualim wal Mualimah yang memberi idea mengadakan Jamuan Aidilfitri untuk ahli2 Pusat Islam bertempat di Foyer B, Kolej Matrikulasi Perlis pada 25 Ogos 2013 =) Lagi menambah seri kami yang soleh wa solehah, jamil wal jamilah ini, kami mengenakan baju 'raya' kami yang tersendiri..=) Baju Pusat Islam yang tercintalah kan..,kesitu pula..,ha.Alhamdulillah. Majlis ni dihadiri oleh yang pasti mualim wal mualimah unit Pendidikan Islam. Tidak lupa juga alumni2 Pusat Islam generasi yang lalu. BarakaAllahufikum dan Ahlan waSahlan..

                                                           
     


                                
                                                   
Ahli Pusat Islam Muslimat Gen-14
Ahli Pusat Islam Muslimin Gen-14

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Ya Ramadhan..,

Marhaban ya Ramadahan..

Pejam celi pejam celik. Wah!! ia datang lagi. Alhamdulillah Ya Allah. KAU sampaikan kami di bulan Ramadhan setelah KAU berikan kami Rejab dan Syaaban. Kami bersyukur Ya Allah.. Kepada Antum semua, Selamat Melaksanakan Ibadah di bulan Barakah ini. Kutiplah seberapa banyak amalan yang boleh dalam bulan ini. InshaAllah ada ganjaran menanti di Akhirat nanti. Amiiiinnnn....=)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Diriwayatkan Tirmizi dan Nasa’i)

Kami dari pihak Pusat Islam pula telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk ramadhan ini.. Bernamakan IHYA' RAMADHAN. Alhamdulillah segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar sekali. Antara aktivitinya adalah Iftar Harian, Iftar Mingguan, Solat tarawikh, Tadarus al Quran, Bubur lambuk, Qiyamullail, Khatam Al-Quran dan Salam Peranatau.



 


 

Sunday, 23 June 2013

Program Tahsin Alquran dan gotong royong

Assalamualaikum .

Ana di sini memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Asif !! Hadirnya pelajar generasi 14 ke Kolej Matrikulasi Perlis maka lahirlah organisasi Pusat Islam yang baru. Namun pada tahun ni, terdapat sedikit kelainan berbanding dengan sesi-sesi yang lepas kerana bilangan ahli Pusat Islam sekarang sudah sehingga 100 org ahli berbanding sesi yang lepas di mana Pusat Islam hanya terdiri daripada 40 orang ahli. Alhmdulillah. Hopefully dengan bertambahnya ahli Pusat Islam, semakin banyak aktiviti dapat dilaksanakan.

Di sebalik pemilihan ini, telah berlakunya program Tahsin Solat AL-QURAN dan aktiviti gotong royong di Masjid Al Falah pada tanggal 23 JUN 2013 bersamaan hari Ahad. Alhamdulillah =) Komitmen yang diberikan dari calon-calon Pusat Islam sangat emnggalakkan. Pada mulanya, sedikit ceramah mengenai solat telah diberikan oleh Mualim kita iaitu Ustaz Raja Azhar di Dewan Kuliah pada waktu pagi dan sebelum tengahari bermulalah aktiviti gotong royong masjid tercinta. Alhamdulillah. Dari sinilah pemilihan terhasil. Di sini ada sedikit gambar sepanjang aktiviti tersebut dilaksanakan.


Thursday, 20 June 2013

PERLANTIKAN AJK PUSAT ISLAM

Assalamualaikum..

Asif.. Hanya posting sedikit demi sedikit yang dapat kami berikan pada kalian. Baiklah. Berikutan dari Program Tahsin AL-QURAN dan Gotong royong telah dijalankan, maka berlakulah perlantikan Ahli Pusat Islam secara rasmi bawah Kolej Matrikulasi Perlis.

Pemilihan ketua dan penolong biro dipilih secara penglihatan atau penglibatan ahli dari kaca mata mualim wal mualimah Unit Pendidikan Islam. InshaAllah mereka telah memilih ketua yang boleh memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik. Alhamdulillah. =) Majlis perlantikan ni diadakan di Dewan Banquet, KMP. Turut hadir bersama adalah Datin Hajah Azuyah selau Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis.

Ingatan buat Ahli-ahli Pusat Islam yang telah dilantik :

Urusan akan rosak jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya. 
  "Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabaat bertanya : Bagaimana sia-sia? Rasulullah menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" (Riwayat Al-Bukhari)

PEMBUKA BICARA 2013 / 2014

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum . ^_^

Alhamdulillah . Setelah berakhirnya pengendalian blog oleh para senior , kini dengan secara rasminya blog Pusat Islam KMP akan terus diaktifkan dan dikelolakan oleh AJK Pusat Islam sesi 2013 / 2014 pula .

Sama seperti sesi yang lepas , blog rasmi Pusat Islam KMP ini turut akan dikendalikan oleh ahli-ahli Biro Blog dan Dokumentasi . Pada sesi ini , Biro Blog dan Dokumentasi KMP diketuai oleh Ariff Ikmal bin Norman dan dibantu oleh Nur Hidayah binti Muhamad Mansor ( Penolong Biro ) serta ajk-ajk yang lain iaitu Muhammad Ghazali bin Ideris , Fatin Najwa binti Nor Azman , Nuraini binti Musril dan Nur Nabila binti Jamaludin .

In syaa Allah dengan izin Allah , kami akan berusaha untuk sentiasa mengupdate setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Islam sesi 2013 / 2014 dari semasa ke semasa .





                              
                                     Bekas dan ahli-ahli Pusat Islam serta guru 2013/2014

Sekian . . .

Sunday, 17 February 2013

Assalamualaikum buat sahabat2 yg trCINTA.. hahah apa khabar selepas nikmati hari cuti sahabat2 semua? seronok ke tidak? mestilah seronok kan. Dapat jumpa keluarga, kawan2 lama dan juga mungkin ada juga sahabat kita melawat guru2 di sekolah lama.. Ana sndiri pun melawat ke sekolah.. Jumpa cikgu2 lama.. Al maklumlahhh ank murid kesayangan cikgu masa zaman2 sekolah dulu.. Hehehe
         
            Mungkin ramai juga yang tertunggu bila lahhh blog nie nk update kan? HEHEHE Ana ingin memohon maaf ats kelewatan utk mengupdate blok ni... Biasa lah manusia, kadang2 lupa, kadang2 lalai dgn perkara lain... Macam2 lahhh.. HEHEHE InsyaAllah selepas ini, blog ini akan setiap minggu akan di update.. :)

            Seperti yang kita sudah lalui, pada 29 januari 2013 (selasa) sehingga 31 januari 2013 (khamis), warga pelajar KMP baru sahaja menempuh peperangan kecil di dewan peperiksaan... Kini tunggu masa untuk mengetahui keputusan nya.. Bagaimana perasaan sahabat2 agak nya? Ana sendiri pun gelisah.. HAHAH InsyaAllah segala pengorbanan sahabat2 buat akan diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT.. Allah akan sentiasa membantu hambanya kepada hamba yang meminta pertolongan dari Nya.. Jadi marilah sama kita memohon serta berdoa agar Allah memakbul kan segala permintaan.. Aminnnnn !! :)

            Baiklah, untuk kali ini ana tidak mahu berkongsi ilmu tetapi ana nak berkongsi kata2 renungan buat sahabat2 ana di luar sana... Renung2 kan.. :)

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA,
JANGAN KIRA DENGAN APA YANG KITA TAK ADA,
DAN JANGAN KIRA APA YANG ORANG LAIN ADA,
SEBALIKNYA, KIRA DENGAN APA YANG KITA ADA,
DAN KIRA APA YANG ORANG LAIN TAK ADA

PETUA UNTUK SENYUMAN 
SENYUMMM SOKMOOOO !! :)

         




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


            SHOUTUL JANNAH (SUARA SYURGA) 


PUSAT ISLAM KMP GEN 13 !!

Sunday, 20 January 2013

Assalamualaikum kpd semua sahabat2... Alhamdulillah.. Kali ini, berpeluang juga ana utk mengupdate blog ini.. Bersyukur tidak trhingga... :)))

Baiklah, untuk kali ini, ana ingin berkogsi ilmu sahaja... Ada pernah orang berkata, hendak mengetahui sesuatu ilmu itu senang, tetapi untuk mendalami ilmu itu amat susah... Betul ke?? Baiklah, nak tahu betul atau tidak kita ambil satu contoh, seorang sahabat mendengar ceramah.. Penceramah berkata anggota2 wudhu adalah muka, tangan kiri dan kanan, membasah kan kepala, telinga kiri dan kanan, serta kaki kiri dan kanan.. Sekiranya sahabat ini mendalami ilmu tersebut, sahabat akan mengetahui bahawa anggota yang wajib di basuh hanya adalah muka, tangan kiri dan kanan, membasahkan kepala dan kaki... Bayangkan sahabat tidak mendalami perkara tersebut, sahabat ini hanya mengetahui perkara yang diberitahu oleh penceramah itu sahaja.. Jadi, maksud ana disini ialah apabila kita tahu sesuatu ilmu itu, kita perlu mendalaminya supaya kita sendiri yang tidak sesat... Sama juga dgn masalah matematik.. Sebagai contoh 1+1=2.. Kalau 1+1+1=???? Haaa !!! Di ibaratkan macam itu lahhh... :)))

Baiklah sekarang ini baru nak berkongsi ilmu... Tadi tu baru muqaddimah sahaja.. HEHEHE Okay, kali ini ana ingin berkongsi ilmu berkenaan rukun IMAN.. Antum2 semua ingat lagi rukun iman???? Al maklumlahhh banyak sangat formula matematik dalam kepala sehingga terlupa dengan rukun iman yang wajib kita tahu, wajib kita ingat, wajib kita laksanakannya.. HEHEHEH Baiklah, rukun iman ada 6 perkara iaitu beriman(berpegang) kepada Allah, beriman kepada Rasul, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab Al-Quran, beriman kepada hari Akhirat serta beriman kepada Qada' dan Qadar(pelaksanaan dan ketentuan)..

Huraian :

1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas 1 - 4)

2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat bererti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.
Nama Malaikat
Tugasnya
Jibril
Menyampaikan wahyu
Raqib
Mencatat amalan keburukan
Atib
Mencatat amalan kebaikan
Izrail
Mengambil nyawa
Mikail
Menurunkan rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Mungkar
Menyoal orang mati
Nankir
Menyoal orang mati
Malik
Menjaga neraka
Ridzuan
Menjaga syurga


3) BERIMAN KEPADA RASUL
Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.

4) BERIMAN KEPADA KITAB
Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab dan penerimanya :
  1. Taurat - Nabi Musa a.s
  2. Zabur - Nabi Daud a.s
  3. Injil - Nabi Isa a.s
  4. Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang menerima suhuf :
  1. Nabi Syits - 50 suhuf
  2. Nabi Idris - 30 suhuf
  3. nabi Ibrahim - 10 suhuf
  4. Nabi Musa - 10 suhuf
Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.

5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
  1. Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
  2. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
  3. Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
  4. pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
  5. Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
  6. Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
  7. Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda besar :
  1. Keluar dajjal merosakkan agama.
  2. Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
  3. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
  4. Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
  5. Terbit matahari dari sebelah barat


6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
  1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
  2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
  1. Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
  2. Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
  3. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  5. Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.



Oleh itu, dengan harapan ana, mudah-mudahan tidak akan kita lupa dengan rukun iman yang wajib kita pegangkan.... :)))))))

Untuk pengetahua semua, Masjid Al-Falah mengadakan tayangan ustaz Azhar Idrus pada setiap malam sabtu dan ahad... Untuk hari rabu 23 Januari 2013, kita akan menyambut Maulidur Rasul di Dewan Sri Kayangan jam 11.. Marilah sama2 kita menyambut ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW.. Sekian dari ana, wasalam.... ^^

Edited by: Muslimin_Heart (AJK BLOG PUSAT ISLAM)

Sunday, 13 January 2013


Assalamualaikum kpd semua yg setia dgn blog kami... Alhamdulillah dgn izin Allah kali ini, kami dpt update blog ini.. Kebiasaan nya blog ini kami update waktu cuti.. Tetapi memandangkan banyak permintaan jadi terpaksa lah kami update blog ini.. HEHEHE :)
            InsyaAllah selepas kami membuat perbincangan, blog ini akan sentiasa update dan meletakkan perkembangan yang baru dalam Kolej Matrikulasi Perlis.. Untuk penigisian ilmu kali ini, kami ingin berkongsi sepotong ayat Al-Quran di mana mungkin hadis sering di dengar tetapi buat2 tidak penah dengar.. HEHEHE

Surah Muhammad Ayat 7 : " Wahai orang-orang yang Beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..

Keterangan di atas telah menunjukkan bahawa sesiapa yang menolong agama Islam tidak kira dalam bentuk apa pun, Allah akan sentiasa membantu hambanya tidak kira dalam waktu senang mahupun dalam kesusahan.. Sebagai contoh, kita membantu sahabat kita yang kekeringan dalam kewangan.. Itu juga dikira membantu dalam agama Allah... Mudah kan???? Banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan cuma nak atau tak nak sahaja... Jadi mudah mudahan dengan sedikit perkongsian ini, dapat kita jadikan sebagai panduan dan kita amal kan.. InsyaAllah... :)))))

Baiklah itu saja untuk perkongsian ilmu.. Sekarang kami akan meletakkan beberapa keping gambar mengenai aktivitki pusat islam yang baru2 sahaja di lakukan.. Untuk pengetahuan, baru2 ini Pusat Islam membuat aktiviti kursus pengurusan jenazah.. Alhamdulillah aktiviti berjalan dengan baik dan mendapat feedback yang baik dari para pelajar sendiri..





                   
Itu sahaja yang kami ingin berkongsi untuk kali ini... Semoga para pembaca dapat setia dengan blog kami....
Kami mengucapkan ribuan terima kasih banyak2 di atas kesetiaan anda... :))))
Sekiannn, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Edited by : Muslimin_Heart (AJK BLOG PUSAT ISLAM) :)