Sunday, 18 November 2012

Assalamualaikum kpd antum2 semua yg membaca blog ini.. Ana di sini memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini kerana ana ada masalah sikit dengan komputer ana di kmp.. InsyaAllah utk sem 2 ini akan lebih kerap mengupdate blog ini.. Doa2 kan lah utk ana ye.. Mudah mudahan segala urusan di permudah kan oleh Allah SWT.. :)

Kali ini ana ingin berkongsi ilmi kepada antum2 semua.. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar ataupun tidak tahu ataupun buat2 tahu (hehehe) mengenai IKHTILAT..

Apa itu ikhtilat????
- Iklhtilat ialah apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berada bersama2 di tempat yang terbuka..
- Cth : Bermesyuarat atau perbincangan berdua-dua didalam bilik yg khusus..

Perlu ke jaga ikhtilat ni??? Mengapa???
 Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

[ 1 ] MELIHAT النظر- -

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"
Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi

[ 2 ] SENTUH – المسح -

Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.

[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
(Surah Al-Ahzab 32)
[ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )

" Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka (isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cara demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"
(Surah Al-Ahzab 53)

[ 5 ] KHALWAT

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"
(Riwayat Imam Bukhari)


SYARAT2 IKHTILAT

1- Tidak bersentuhan
2- Menjaga aurat
3- Menjaga adab bercakap
4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.


InsyaAllah.. Dengan pemberian ilmu yg x seberapa ini mudah mudahan kita dapat amal kannya serta mendpat barakah dari-Nya.. Sekian, wasalam.. :))