ha.. Inilah tajuk forum buat kali pertama dibawa oleh Pusat Islam kepada warga Kolej Matrikulasi Perlis melalui forum pelajar yang ahli panelnya terdiri daripada pengerusi Pusat Islam sendiri iaitu Akmal Syafie, NYDP JPP Mohd Firdaus, Biro Kerohanian kita Mohamad Soleh dan Nur Nasuha yang diacarakan oleh saudara kita Ibnu Najjah. Alhamdulillah. Sambutan yang menggalakkan telah diberikan oleh sahabat2 Kmp yang lain.. Banyak pengisian yang diberikan oleh mereka.. Tertarik dengan kata2 salah seorang sahabat kita. Beliau mengatakan
" Biarlah kita berduka dengan cinta manusia yang penting kita jangan tertinggal CINTA ILAHI " Allahuakhbar.. Semoga ia dapat dimanfaatkan bersama ye =)
“ Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (iaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “ Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali ” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156)
Sekian .